Senin, 17 Februari 2014

ASPEK FONOLOGI DIALEK KELANTAN BERDASARKAN TEORI TRANSFOMASI GENERATIF



Sumber : http://munafifah.blogspot.com/2013/05/aspek-fonologi-dialek-kelantan.html  diakses 130214
 

1.0 PENGENALAN         
Noam Choamsky merupakan pelopor teori nahu transformasi generatif  dalam bidang linguistik. Aliran transformasi generatif yang dikemukakan oleh Chomsky ini diperkenalkan olehnya melalui penerbitan sebuah monograf yang bertajuk Syntactic Structure, pada tahun 1957. Sesuai dengan judulnya, teori ini lebih banyak mengungkapkan konsep-konsep sintaksis, iaitu prinsip-prinsip dan proses pembentukan kalimat dalam sesebuah bahasa. Pada tahun 1965,  beliau telah memperbaiki dan menghuraikan teori ini dengan lebih mendalam dan formal melalui bukunya yang bertajuk Aspec of the Theory of Syntax. Menurut Choamsky nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad  jumlahnya. Dalam teori standard tranformasi generarif seperti yang terdapat dalam Aspects, nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu sintaksis, semantik, dan fonolagi.
 
Menurut model tatabahasa generative pertama (1957) ini, proses pembentukan kalimat perlu melalui tiga rumus iaitu rumus struktur frasa, rumus tranformasi dn rumus morfofonemik.apabila ketiga rumus tersebut diterapkan, hasil berupa serangkaan fonem dalam bahasa yang bersangkutan akan terhasil dan in “direalisasikan” dalam struktur fonotik berupa ujaran. Aliran fonologi generative menganggap fonoogi atau struktur bunyi sesuatu bahasa itu sebagai satu system rumus yang mengambarkan kecekapan fonologi penutur jati yang ideal. Justeru itu, tujuan utama fonolagi generative ialah memformalisasikan kecekapan  intrinsic sesorang penutur sebagai satu system yang bertanggungjawab melahirkan representasi fonetik daripada struktur permukaan sintaksis.(Farid 1988: 169)
Ahli-ahli fonolagi generatif telah mengenalpasti perbezaan dasar daripada segi linguistik mengenai dua maklumat fonetik, iaitu sebahagain daripada realisasi fonetik sesuatu morfem itu bersifat idiosinkratik, dan sebahagiannya pula bersifat tetap yang sistematis dalam struktur bunyi sesuatu bahasa itu. Ahli-ahli fonologi generative mengemkakan dua jenis alat yang dikenali sebagai senarai dan rumus. Kesemua ciri idiosinkratik tentang penyebutan sesuatu morfem itu dsenaraikan dalam representasi leksikal di dalam leksikon. Manakala ciri tetap yang sistematik dikendalikan oleh rumus-rumus fonologi dalam komponen fonologi (Kenstowicz 1979:32) komponen fonologi terdiri daripada dua tingkat representasi iaitu representasi dalaman dan representasi permukaan. Representasi dalaman mengandungi semua maklumat idiosinkratik  tentang penyebutan sesuatu morfem dalam ujaran manakala representasi permukaan mengandungi maklumat idiosinkratik serta maklumat yang boleh diramalkan iaitu yang bersifat nalar dan sistematik. Rumus-rumus fonologi ini sejajar dengan rumus-rumus transformasi dalam komponen sintaksis yang berkuasa untuk menambah, menggugur serta mengubah segmen-segmen tertentu.
Dalam teori fonologi generative, rumus-rumus fonologi bukan sahaja dinyatakan dalam bentuk segmen tetapi diformalisasikan dalam dalam entuk fitur distingtif. Oleh itu, fonem tidak lagi dianggap sebagai unit dasar. Proses fonologi berlaku apabila sekumpulan segmen yang berada dalam satu kelas alamiah dan bukannya pada satu segmen secara individu. Dalam teori standard fonologi generative, rumus-rumus fonologi dilaksanakan mengikut aturan, iaitu satu rumus harus mendahului rumus yang lain.
LATAR BELAKANG DIALEK KELANTAN
Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu  yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek-dialek di Semenanjung. Selain sebutan baku, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Dialek Kelantan ialah salah satu daripada beberapa dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari dan menduduki negeri Kelantan atau penutur-penutur yang dilahirkan dan bermastautin di sebuah negeri, di luar negeri Kelantan tetapi mewarisi dialek Kelantan daripada ibu bapa atau penjaganya yang berasal dari negeri Kelantan.
Dialek Kelantan mempunyai sifat-sifat yang berbeza dengan beberapa dialek Melayu yang lain, sehingga ada anggapan bahawa Dialek Kelantan sebagai satu dialek yang luar biasa dan sukar untuk difahami oleh penutur yang menggunakan dialek lain (Nik Safiah Karim, 1981). Hal ini ada kebenarannya kerana terdapat banyak sekali  perkataan atau unsur leksikal dalam dialek Kelantan yang sama sekali tidak wujud dalam bahasa Melayu atau dalam dialek Melayu yang lain di Semenanjung Malaysia. Antaranya ialah (1) kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata, (2) kata-kata yang sama tetapi berbeza erti antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu, (3) kata-kata daripada bahasa Melayu yang disesuaikan dalam dialek Kelantan, dan (4) kata-kata yang ada dalam dialek Kelantan tetapi tidak ada dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood, 2006).

 GEOGRAFI DIALEK KELANTAN
Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang terdapat di Malysia. Kelantan Darul Naim merupakan negeri yang unik. Dilihat daripada perspektif sejarah pemerintahan, Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang diperintah oleh Raja perempuan iaitu Tuan Puteri Cik Siti Wan Kembang. Oleh sebab itulah sehingga kini Kelantan masih digelar denan nama Negeri Cik Siti Wan Kembang.Negeri Kelantan terdiri dari beberapa daerah, seperti juga negeri-negeri lain di Malaysia. Daerah-daerah itu ialah Kota Baharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Macang, Ulu Kelantan, Pasir Putih  dan Bacok.  Bagaimanapun, seperti yang dilihat, pembahagian subdialek-subdialeknya tidak perlu menurut perbatasan daerah-daerah itu. Ada subdialek yang melampaui perbatasan daerah-daerah itu, dan ada daerah yang mempunyai lebih dari satu subdialek.
            Di sekeliling kawasan dialek Kelantan, terdapat kawasan Melayu Thailand (atau yang lebih yang dikenali sebagai dialek Petani), kawasan dialek Pahang, kawasan dialek Terangganu dan kawasan dialek Perak. Dengan itu, kita akan dapati bahawa di kawasan-kawasan sempadan ini terdapat percampuran dialek Kelantan dengan dialek lain. kawasam Besut di  Terengganu, misalnya, merupakansalah satu contoh yang baik sebagai kawasan yang memperlihatkan campur aduk ciri-ciri dialek Kelantan dan dialek Terengganu.
 1.1 PERMASALAHAN KAJIAN
Semasa mempelajari sesuatu bahasa, manusia tidak boleh lari daripada berbagai-bagai masalah sama ada mempelajari bahasa pertama atau bahasa kedua. Masalah ini timbul hasil daripada gangguan yang mungkindihasilkan oleh bahasa ibunda atau dialek itu sendiri.
Kepelbagiaan dialek Melayu cukup disedari oleh rakyat Malaysia. Hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai dialek setempat masing-masing seperti dialek Terengganu, dialek Kedah, dialek Perak, dialek Kelantan dan sebagainya. Kepelbagaian dialek ini bukan dianggap sebagai satu kelainan malah  telah diterima umum kerana bahasa Melyu telah lama dituturkan dalam pelbagai ragam dan bentuk.
Subdialek Kelantan di daerah Kota Bharu dipilih untuk mengetahui  beberapa permasalahan kajian iaitu mengapa hanya konsonan  getaran gigi gusi lelangit keras ‘r’ digugurkan diakhir kata, dan mengapa pengguguran konsonan geseran gigi gusi ‘s’ digugurkan di akhir kata sahaja dan digantikan dengan konsonan geseran pita suara ‘h’. Selain  itu, permasalahan kajian yang ketiga ialah megapa penguguran nasal hanya berlaku di akhir  kata dialek Kelantan. sahaja.
1.2 BAHAN DAN BATASAN KAJIAN
Oleh sebab kawasan penutur dilek Kelantan agak  luas, maka kajian ini hanya akan dikhususkan kepada dialek Kelantan di daerah Kota Bharu iaitu ibu negeri Kelantan Darul Naim. Dalam kajian ini, pengkaji mengfokuskan empat rumus dalam Teori Fonologi Generatif. Antara rumus-rumus tersebut ialah, rumus pengguguran /r/ dan /l/, rumus pembentukan geseran pita suara tak bersuara /h/, rumus peninggian vokal dan pengguguran nasal dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu.

2.0 SOROTAN KAJIAN
Kajian tentang dialek-dialek Melayu mula dilaksanakan sejak sebelum perang dunia ke-2 lagi. Kajian-kajian awal ini telah diusahakan oleh pengkaji-pegkaji barat yang terdiri daripada C.C. Brown, Kerron, Barwick,A.J. Sturrock,, K Wulf, Hamilton, Shellbear dan beberapa orang lagi. Sebagai contoh C.C.Brown menerbitkan “Kelantan Malay” pada tahun 1927 (Abdul Hamid Mahmood, 1977: 34).
Zahrani Ahmad (1993) menyentuh Teori Fonologi Generatif dalam kajian beliau yang melihat kepada dialek Kelantan ,dialek Kedah, dialek Melayu Perak dan lain-lain. Dalam kajian ini, kajian fonologi menjadi teras kepada penghuraian dan analisis data. Dalam kajian tersebut, beliau telah menjelaskan mengenai rumus-rumus yang terdapat dalam pelbagai dialek berdasarkan Teori Fonologi Genenratif. Terdapat sembilan bab yang terkandung  dalam buku beliau yang berjudul Fonologi Generatif
Selain itu, Hashim Musa (1975) juga telah membuat kajian tentang “ Morfologi Dialek Kelantan” dalam penulisannya “ Morfomik Dialek Kelantan” dengan menggunakan kaedah lapangan. Dalam kajian ini, beliau telah melihat proses morfomik yang berlaku dalam dialek Kelantan. Hasil kajiannya mendapati proses morfofonemik seperti penghilangan fonem banyak berlaku dalam dialek Kelantan. Contohnya dalam kata /kәdε/ , diftong /ai/ dihilangkan dan digantikan dengan fonem vocal /ε / menjadi / kәdε /. Di samping itu, beliau juga memberi huraian tentang alamof bebas, alomof terikat dan proses morfofonemik yang tedapat dalam dialek Kelantan. Satu kajian tentang morfologi dialek Terengganu pernah diusahakan oleh Abdul Hamid Mahmood (1990:217). Beliau telah membuat kajian tersebut dengan membandingkan morfologi dialek Terengganu dengan bahasa Melayu baku. Menurut beliau truktur morfem terikat dalam dialek Kelantan, iaitu berbeza daripada struktur bahasa Melayu baku.
Ton Ibrahim (1974) dalam tesis sarjananya yang bertajuk “ Morfologi Dialek Kedah” juga telah menghuraikan dengan terperinci tentang morfologi dialek Kedah. Dalam kajian tersebut, beliau cuba melihat penggunaan morfem terikat dalam dialek Kedah. Selain itu, beliau juga telah mengkaji proses penggandaan dialek. Hasil kajiannya mendapati morfem terikat dalam dialek Kedah terbahagi kepada dua iaitu morfem terikat bendaan dan morfem terikat karyaan. Proses penggandaan penggandaan pula terbahagi kepada empat, iaitu penggandaan kata selapis, penggandaan kata berlapis, penggandaan seluruh kata selapis dan penggandaan seluruh kata berlapis. 
Bukan itu sahaja, Abdul Hamid Mahmood (1981), membuat tumpuan terhadap dialek Kelantan. dalam kajian itu beliau menyatakan dialek Kelantan dituturkan oleh penduduk-penduduk yang mendiami daerah-daerah sempadan Kelantan-Pahang, Kelantan-Terengganu, dan beberapa daerah wilayah Thailand Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala, dan Patani (1977:9). Dalam membandingkan dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Baku, beliau menyatakan terdapat beberapa kelainan yang ketara, antaranya: fonologi, morfologi, sintaksis, dan leksikal.
Ismail Hussein (1973) telah mengkaji dialek berdasarkan kepada kelainan leksikal dan fonetik. Beliau telah membuat pembahagian tentang dialek Semenanjung Malaysia kepada wilayah Patani (Selatan Thailand) dan daerah Johor. Mengikut beliau, dialek Kelantan atau Terengganu, pedalaman Kedah dan pedalaman Perak Utara termasuk ke dalam golongan pertama, sementara seluruh Johor, Melaka, Selangor dan Perak Tengah pula termasuk dalam golongan kedua. Dialek Pahang pula adalah campuran daripada kedua-dua golongan tadi, manakala dialek Negeri Sembilan dan Kedah persisiran merupakan satu dialek yang tersendiri (Ismail Hussein, 1973: 74).
Selain itu, Abdul Karim Ismail (1971) telah mengkaji dialek Kedah dalam tulisan ilmiahnya yang bertajuk “Dialek Baling- Sifat-sifat Umum dan Kumpulan Teks”. Dalam kajiannya, Abdul Karim Ismail telah menunjukkan kelainan dialek Baling dengan dialek Kedah yang lain. Beliau telah membuktikan ciri-ciri persamaan dialek Baling dengan dialek Kelantan dari segi fonologinya. Dalam kajiannya, beliau telah memuatkan sifat umum dialek Baling dan juga perbandingan dialek ini dengan dialek standard Kedah secara keseluruhan. Beliau telah memperlihatkan latar belakang geografi dan varian-varian bahasa Melayu dialek Kedah serta kedudukan dialek Baling dalam variasi tersebut
3.0 METODOLOGI
Kajian ini menggunakan Teori Transformasi Generatif. Menurut Ahmad Mahzab Ayob (1985:19), kaedah kajian ialah soal bagaimana tiap-tiap sau objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Hasil kajian merupakan pengumpulan maklumat serta data terbaru yang berkaitan dengan tinjauan yang dibuat.
Oleh itu, bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam melaksanakan penyelidikan denan dua cara iaitu mengunakan kaedah keperpustakaan dan pemilihan informan.
Kaedah kepustakaan
Kaedah keperpustakaa ini digunakan untuk mengetahui sesuatu kajian lepasyang berkaitan dengan konteks kajian ini. Di samping itu juga, kaedah ini dapat digunakn untuk mendapatkan sebanyak mungkin dapatan yang berkaitan dengan tajuk dan masalah penyelidikan yang lepas.
Prose medapatkan maklumat yang berkaitan dengan permasalahan kajian tertumpu pada pambacaan dan rujukan terhadap buku, jurnal-jurnal, makalah, artikel- artikel tentang dialek Melayu terutamanya dialek Kelantan dan sebagainya. Semua maklumat yang diperolehi digunakan untul menulis kajian-kajian yang berkaitan. Untuk ini, pengkaji telah membuat penyelidikan di Perpustakaan Univiersiti Malaysia.

Kaedah Informan
Dalam menentukan informan, sekurang-kurangnya lima orang informan telah dipilih untuk mewaliki kawasan daerah Kota Bharu. Pemilihan terhadap informan ialah berdasarkan pada factor bahawa informan itu dapat mewakili bentuk pertuturan di kawasan kelahirannya, iaitu Kota Bharu. Selain itu, factor jantina, umur dan pendidikan juga perlu dititikberatkan dalam memilih informan ( Ajid Che Kob, 1985:32). Dalam kajian ini , pengkaji telah memilih lima orang informan untuk ditemu bual.
4.0 HASIL KAJIAN
Rumus pengguguran  geseran lelangit lembut bersuara /ɣ/ dan pengguguran  sisian tak bergeser gigi gusi /l/.
 Pengguguran geseran lelangit lembut bersuara /ɣ/.
Dalam dialek Kelantan  tidak terdapat bunyi getaran gigi gusi lelangit keras / r /, tetapi digantikan dengan bunyi  geseran lelengit lembut bersuara /ɣ/ yang hadir pada akhir kata dalam dialek Kelantan digugurkan. Contohnya:
                        / biar /                    [bi. ja ]
                        / sabar /                  [ sa.ba ]
                        / tǝlᴐr /                     [ te. lᴐ ]
                        / sǝmbur /                 [ sem. bᴐ ]
                        / ular /                       [ u. la ]
                        / bakar /                  [ ba.ka ]

                  Berdasarkan contoh-contoh di atas, terbukti bunyi / ɣ/ di dalam dialek Kelantan digugurkan apabila berada di akhir kata.  Misalnya, penutur dialek Kelantan menyebut /ular/ sebagai /ula/. Namun apabila /ɣ / berada di tengah suku kata perkatan dan di awal suku kata  dalam dialek Kelantan, bunyi tersebut tidak pula digugurkan. Contoh-contoh berikut membuktikan penyataan ini:
Bunyi /ɣ/ di tengah suku kata:
                                                        / utara /                  [ u. ta.ɣᴐ ]
                                                        / bidadari /                 [ bi. da. da.ɣi ]
                                                       / parut /                    [ pa.ɣᴐɁ]
                                                       / waris /                    [ wo. ɣeh ]
                                                      / sǝrigala /                 [ sә.ɣ i. ga. lᴐ ]
                                                      / sǝraj /                       [ sә. ɣa ]
                  Penutur dialek Kelantan menyebut  perkataan / sǝraj/  sebagai /sera/. Konsonan / r / di dalam perkataan     / sǝraj / tidak digugurkan.
Bunyi / ð / di awal suku kata:
                                                   / ramah /               [ ɣa.mᴐh ]
                                                   / rasa /                    [ ɣa. sᴐ ]
                                                  /risalah /                  [ɣi. sa. lᴐh ]
                                                  / rosak /                    [ ɣᴐ. sᴐɁ]
                                                  / rumah /                  [ ɣu .moh ]
Rumus pengguguran sisian tak bergeser gigi gusi /l/.
Rumus pengguguran / l / menggugurkan bunyi konsonan sisian tak bergeser gigi gusi / l / apabila berada di akhir kata. Hal ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh berikut:
                                             / mahal /                  [ ma. ha ]
                                             / kapal /                   [ka. pa ]
                                             / tǝbal /                    [ tǝ. ba ]
                                            / halal /                      [ha. la ]
                                            / amal /                      [ a.ma ]
                                            / jual /                       [ʤu. wa ]
            Pengguguran / l / di dalam perkataan dialek Kelantan ini hanya berlaku di akhir kata sahaja. Misalnya penutur dialek Kelantan menyebut perkataan / halal / sebagai / hala /. Konsonan / l / di akhir kata di dalam perkataan / halal / digugurkan. Bunyi / l / akan kekal apabila berada di awal atau di tengah suku kata. Contoh- contoh berikut membuktikan hal ini:
Bunyi / l / di tengah suku kata
                                             /malam /                 [ ma. lε ]
                                            / malas /                       [ ma lah ]
                                            / lalat /                    [ la. laɁ ]
                                            / kalau /                   [ ka. lu ]
                                            / pulau /                  [pu. la ]
                                            / pilih /                    [ pi.leh ]
                                            / tulis /                    [ tu. leh ]
Bunyi  / l / di awal kata
                                               / lari /                 [ la.ɣ i ]
                                              / lapar /                [ la. pa ]
                                              / lepak /                [ lε. poɁ]
                                              /lepas /                  [ lә. pah ]
                                              / lipan /                 [ li. pε ]
                                             / limau/                  [ li.ma ]
                                             / lulus /       [ lu. luh ]
                       Daripada contoh di atas, simplifikasi rumus pengguguran geseran lelangit bersuara dan pengguguran sisian tak bergeser gigi gusi adalah seperti berikut :
       r
                                  Ø /                #
       l

atau dalam notasi fitur sebagai,

+ sonorant
-silabik                                        Ø /                 #
- nasal           
                       Rumus di atas bermaksud  / ɣ / dan / l /akan digugurkan apabila berada di akhir kata sahaja. Manakala  /ɣ/ dan  / l / yang berada di awal kata atau di tengah kata tidak digugurkan. Misalnya  perkataan / sabar / disebut / sa. ba / oleh penutur dialek  Kelantan. Konsonan / r / yang berada di akhir kata dalam  perkataan  / sabar / digugurkan . Bagi pengguguran sisian tak bergeser gigi gusi, contoh perkataan yang mempunyai konsonan / l / di akhir kata  ialah / mahal /. Penutur dialek Kelantan menyebut / mahal / sebagai  / ma.ha /. Konsonan / l / di akhir perkataan tersebut digugurkan.



Proses pembentukan geseran pita suara tidak bersuara /h/.
Dialek Kelantan di daerah Kota Bharu mengalami penguguran proses pembentukan geseran pita suara tidak bersuara /h/ apabila geseran gigi-gusi tidak bersuara  /s/ berada di akhir kata. Terdapat beberapa perkataan yang membuktikan bahawa berlakunya proses tersebut dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu.
Contoh perkataan:
                                 /kǝras/                 [kǝ.ɣah]
                                 /malas/                [ma.lah]
                                 /habis/                 [ha.bih]
                                 /manis/                [ma.nih]
                                 /tulus/                  [tu.luh]
                                 /halus/                 [ha.luh]
                                 /boros/                 [bᴐ.ɣᴐh]

Berdasarkan contoh di atas, konsonan geseran /s/ berubah menjadi apabila /s/ berada di akhir kata. Contohnya seperti perkataan /kǝras/ berubah menjadi /kəɣah/. Penutur dialek Kelantan yang tinggal di daerah Kota Bharu menyebut /kəras/ sebagai /kǝ.ɣah/ kerana perkataan tersebut telah mengalami rumus seperti berikut:
s         h /  _ #
Rumus di atas bermaksud konsonan geseran /s/ direalisasikan sebagai /h/ apabila /s/ berada di akhir kata. Daripada contoh yang diberikan ternyata dialek Kelantan telah mengalami proses /s/ menjadi /h/ disebabkan oleh rumus tersebut. Hal ini kerana berlakunya proses pembentukan geseran pita suara.
Berlakunya proses tersebut dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu dapat dibuktikan kerana terdapat perkataan yang dimulakan dengan geseran /s/ tidak mengalami perubahan. Hal ini kerana proses tersebut berlaku apabila geseran /s/ berada di akhir kata, bukannya di awal kata ataupun di tangah kata.

Contoh perkataan:
                                /pasar/               [pa.sa]
                                /masak/             [ma.sᴐɁ]
                                /busuk/              [bu.suɁ]
                                /masin/              [ma.sǝɳ]
                                /hasut/               [ha.suɁ]
                                /hasil/                [ha.se]
                                /pasir/                [pa.se]

Contoh di atas membuktikan bahawa proses pembentukan geseran pita suara tidak bersuara /h/ tidak berlaku apabila /s/ berada di tengah kata. Hal ini kerana proses tersebut hanya berlaku apabila /s/ berada di akihr kata sahaja. Sebagai contoh, penutur dialek Kelantan di daerah Kota Bharu menyebut perkataan /pasar/ sebagai /pa.sa/. Hal ini jelas membuktikan bahawa geseran gigi-gusi tidak bersuara /s/ tidak berubah menjadi /h/ apabila /s/ berada di tengah kata.
Bukan itu sahaja, terdapat juga perkataan dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu yang menunjukkan bahawa /s/ tidak mengalami proses tersebut seperti perkataan yang terdiri daripada suku kata akhir tertutup. 
Contoh perkataan:
                               /sastǝra/               [sas.tɣa]
                               /askar/                  [as.ka]
                               /asli/                     [as.li]
                               /pasti/                   [pas.ti]
Berdasarkan contoh di atas, jelas membuktikan bahawa tidak berlaku proses pembentukan geseran pita suara tidak bersuara /h/ apabila /s/ berada pada suku kata akhir tertutup. Penutur dialek Kelantan daerah Kota Bharu menyebut perkataan /sastǝra/ sebagai /sas.tɣa/.
        p
        t                    Ɂ / _ k
        k
Rumus di atas menunjukkan bahawa konsonan /p/, /t/, /k/ direalisasikan sebagai hentian glotis apabila berada di akhir suku kata tertutup dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu.

     -silabik     
    -kontinuan                Ɂ / _k $
    -suara
Rumus di atas adalah berbeza pembentukan glotis kerana bertukar di suku kata tertutup yang lain.
Selain itu, proses pembentukan geseran pita suara tidak bersuara /h/ juga tidak berlaku apabila /s/ berada di awal kata dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu.
Contoh perkataan:
/sudah/                  [su.dᴐh]
/susu/                    [su.su]
/sǝraj/                    [sǝ.ɣa]
/sǝnaɳ/                   [sǝ.naɳ]
/sihat/                     [se.haɁ]
/sikat/                     [si.kaɁ]
/sahaja/                   [sa.ʤᴐ]
/sakit/                      [sa.keɁ]
Berdasarkan contoh di atas, dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu tidak mengalami proses pembentukan geseran pita suara tidak bersuara /h/ apabila /s/ berada di awal kata. Penutur dialek Kelantan menyebut /sudah/ sebagai /sudoh/ bukannya /hudoh/. Hal ini kerana proses tersebut hanya berlaku apabila /s/ berada di akhir kata sahaja. Contoh di atas juga dapat membuktikan lagi bahawa dialek Kelantan tidak mengalami proses pembentukan geseran pita suara tidak bersuara /h/ apabila geseran /s/ berada di di awal kata ataupun di tengah kata.
Peninggian vokal dan pengguguran nasal.
Rumus pengguguran nasal  menggugurkan bunyi  konsonan nasal apabila berada  di akhir kata . Hal ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
                                                      /makan  /                       [ma.kɛ]
                                                      /malam/                         [ma.lɛ]
                                                      /malang/                        [ha.lɛ]
                                                      /tangan/                                    [ta.ŋɛ]
                                                      /dalam/                          [da.lɛ]
Dalam dialek Kelantan daerah kota Bharu , vokal /a/ akan berubah menjadi  /ɛ/  apabila diikuti oleh nasal. Contohnya penutur dialek Kelantan daerah Kota Bharu menyebut perkataan /makan/ sebagai /ma.kɛ/. Hal ini kerana ia telah  mengalami rumus peninggian vokal.  Rumus berikut menerangkan pernyataan di atas:
    a → ε  / _  [+NAS] #

Selepas mengalami rumus peninggian vokal, perkataan ini akan mengalami rumus pengguguran nasal pula. Pengguguran nasal akan digugurkan diakhir kata apabila didahului oleh vokal /ɛ/ iaitu:
[+NAS] → Ø /ɛ  _ #
Terdapat juga contoh yang membuktikan penggunaan nasal di tengah kata tidak digugurkan dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu.
Contoh perkataan:
                                                         /lambat/                          [lam.baɁ]
                                                         /sǝmbur/                          [sem.bɔ]                                                   
                                                          /amal/                              [a.ma]
                                                         /landak/                            [lan.dɔɁ]
                                                          /munasabah/                    [mǝ.na.sa.bɔh]
                                                          /masa/                              [ma.sɔ]
                                                         /tangga/                             [taŋ.gɔ]
Dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu penggunaan nasal tidak digugurkan apabila berada di tengah kata, penutur dialek Kelantan daerah kota bharu menyebut perkataan /lambat/ sebagai /lam.baɁ/. Hal ini kerana penggunaan nasal tidak digugurkan apabila berada ditengah kata.
Seterusnya terdapat juga contoh yang membuktikan bahawa penggunaan nasal diawal kata tidak digugurkan dalam dialek Kelantan daerah Kota Bharu.
Contoh Perkataan:
                                                                 /manis/                  [ma.nih]
                                                                  /masam/                [ma.sɛ]
                                                                  /malas/                   [ma.lah]
                                                                 /nanti/                       [na.ti]
                                                                 /mandi/                     [man.di]
                                                                  /nganga/                   [ŋa.ŋɔ]
                                                                  /nyamuk/                  [ɲa.mɔɁ]
                                                                 /nyanyi/                      [ɲa.ɲi]
Dalam dialek Kelantan daerah kota Bharu penggunaan nasal  juga tidak digugurkan apabila berada di awal kata, penutur dialek Kelantan daerah Kota Bharu contohnya menyebut  perkataan /mahal/ sebagai /maha/. Hal ini kerana penggunaan nasal tidak akan digugurkan apabila berada diawal kata.
5.0 KESIMPULAN
                       Melalui perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa dialek Kelantan mengalami rumus- rumus teori transformasi generatif  yang  menerangkan mengenai proses perubahan sebutan setiap dialek yang terdapat di Malaysia. Gagasan bentuk dalaman yang sama bagi semua dialek yang berhubungan ini telah menghuraikan faktor penutur sesuatu dialek Melayu itu berkemampuan untuk memahami penutur dialek Melayu yang lain.
                       Berdasarkan masalah kajian yang dikaji, dapatlah disimpulkan bahawa rumus-rumus transformasi generatif telah menyelesaikan masalah terhadap permasalahan kajian ini. Permasalahan kajian seperti mengapa hanya konsonan getaran gigi gusi lelangit keras /r/ digugurkan apabola berada diakhir kata dan tidak diawal atau  ditengah kata. rumus pengguguran geseran lelengit lembut bersuara telah menyelesaikan masalah ini dengan disertakan contoh-contoh yang membuktikan pernyataan tersebut. Permasalahan kajian yang kedua dapat diselesaikan berdasarkan rumus pembentukan geseran pita suara tak bersuara /h/.  Permasalahan ini dapat diselesaikan kerana terdapat perkataan  dalam dialek Kelantan  daerah Kota Bharu mengalami proses yang membuktikan bahawa pembentukan geseran pita suara tak bersuara /h/ hanya berlaku apabila geseran gigi-gusi tak bersuara /s/ berada diakhir kata sahaja.  Seterusnya, permasalahan kajian yang ketga dapat diseleaikan dengan pengunaan rumus peninggian vokal diikuti dengan pengguguran nasal.
BIBLIOGRAFI
Zaharani Ahmad 1993. Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur  atau Dewan Bahasa      dan Pustaka.
Zaharani Ahmad 1989. Dialektologi Generatif dan Kepelbagaian Dialek Melayu
Dewan Bahasa.
 Asmah haji Omar, 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan                              Bahasa dan Pustaka
Farid M. Onn 1982. Beberapa Persoalan Atur Rumus dalam Fonologi Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim 1988. Linguistik Tranformasi Generatif : Suatu Penerapan pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

LAMPIRAN
Peta Negeri Kelantan
 Responden A
Pengguguran /r/
/biar/                                    [bi.ja]
/sabar/                                  [sa.ba]
/ular/                                    [u.la]



Pengguguran /l/
/kapal/                                  [ka.pa]
/tǝbal/                                  [tǝ.ba]
/halal/                                   [ha.la]

Pembentukan geseran pita suara tak bersuara /h/
/malas/                                 [ma.lah]
/kǝras/                                  [kǝ.ɣah]
/halus/                                  [ha.luh]
Pengguguran nasal
/malam/                                [ma.lɛ]
/hitam/                                 [hi.tɛ]
/dalam/                                [da.lɛ]

Responden B
Pengguguran /r/
/biar/                                    [bi.ja]
/sabar/                                  [sa.ba]
/ular/                                    [u.la]
Pengguguran /l/
/kapal/                                  [ka.pa]
/tǝbal/                                  [tǝ.ba]
/halal/                                   [ha.la]


Pembentukan geseran pita suara tak bersuara /h/
/malas/                                 [ma.lah]
/kǝras/                                  [kǝ.ɣah]
/halus/                                  [ha.luh]
Pengguguran nasal
/malam/                                [ma.lɛ]
/hitam/                                 [hi.tɛ]
/dalam/                                [da.lɛ]

Responden C
Pengguguran /r/
/biar/                                    [bi.ja]
/sabar/                                  [sa.ba]
/ular/                                    [u.la]

Pengguguran /l/
/kapal/                                  [ka.pa]
/tǝbal/                                  [tǝ.ba]
/halal/                                   [ha.la]

Pembentukan geseran pita suara tak bersuara /h/
/malas/                                 [ma.lah]
/kǝras/                                  [kǝ.ɣah]
/halus/                                  [ha.luh]

Pengguguran nasal
/malam/                                [ma.lɛ]
/hitam/                                 [hi.tɛ]
/dalam/                                [da.lɛ]

Responden D
Pengguguran /r/
/biar/                                    [bi.ja]
/sabar/                                  [sa.ba]
/ular/                                    [u.la]

Pengguguran /l/
/kapal/                                  [ka.pa]
/tǝbal/                                  [tǝ.ba]
/halal/                                   [ha.la]

Pembentukan geseran pita suara tak bersuara /h/
/malas/                                 [ma.lah]
/kǝras/                                  [kǝ.ɣah]
/halus/                                  [ha.luh]

Pengguguran nasal
/malam/                                [ma.lɛ]
/hitam/                                 [hi.tɛ]
/dalam/                                [da.lɛ]
Responden E
Pengguguran /r/
/biar/                                    [bi.ja]
/sabar/                                  [sa.ba]
/ular/                                    [u.la]
Pengguguran /l/
/kapal/                                  [ka.pa]
/tǝbal/                                  [tǝ.ba]
/halal/                                   [ha.la]

Pembentukan geseran pita suara tak bersuara /h/
/malas/                                 [ma.lah]
/kǝras/                                  [kǝ.ɣah]
/halus/                                  [ha.luh]

Pengguguran nasal
/malam/                                [ma.lɛ]
/hitam/                                 [hi.tɛ]
/dalam/                                [da.lɛ]